Di Kala Hati Merindu …

May 24th, 2006 by angahaida

Di kala hati MERINDU,

pujuklah hati,
Sesungguhnya yang layak menerima rindu ku dan sebaik-baik pengubat rindu,
hanyalah pada mu Tuhan.
Aku yakin dengan merindui Mu,
Kau pasti menerima rindu ku.
Sedangkan jika aku rindukan manusia,
belum tentu dia rindukan aku..

Di kala hati TERLUKA DAN KECEWA,
kehilangan sesuatu yang disayangi,
pujuklah hati
Tuhan, hanya Engkau yang layak aku cintai,
walaupun aku cintakan manusia,
manusia akan pergi.
Kalau aku cintakan dunia,
dunia pasti rosak, malah rosakkan aku.
Tapi sekiranya aku mencintai Mu,
pasti selangkah ku rapat pada Mu,
seribu langkah Engkau rapat pada ku.

Di kala hati merasa SEDIH DAN PILU,
berpisah dengan yang disayangi,
ubatilah hati… ajaklah hati berkata:
..Ahhh, aku hanya berpisah dengan manusia,
bukankah Tuhan masih ada,
untuk aku gantungkan hati ku.
Sesungguhnya hanya pada Mu sahaja tempat aku mengadu.
Tuhan, terimalah hati hamba-hamba Mu ini

Di kala hati MERINTIH,
kerana menerima ujian dan dugaan,
didiklah hati:
Tuhan, memang aku layak menerima kesusahan dari Mu,
kerana hati ini banyak berdosa pada Mu,
juga sering mengulangi kesilapan dulu.
Aku pasti ya Allah!
Ujian dan kesusahan ini,
mengundang hikmah dan iktibar buat ku, tanda kasih sayang Mu

Tuhan
Aku tak pasti bagaimana penerimaan Mu,
di kala mendengar rintihan hati ku ini.
Bukan tidak redha dengan ujian dan kesusahan ini,
namun sekadar ingin mengadu pada Mu.
Aku yakin Kau tak mungkiri,
pada wahyu yang Kau nuzulkan,
Kau berjanji akan menerima pengaduan hamba Mu.

Ya Allah..
Kurniakanlah aku cinta Mu,
dan cinta orang yang cinta pada Mu,
dan cinta orang yang cintakan kekasih Mu,
yang hampir kepada Mu,
dan jadikanlah cinta itu,
yang boleh aku dambakan.

MENCINTAI & DICINTAI…

April 5th, 2006 by angahaida

Kita renungkan sesama… mungkin ade hikmah disebaliknya.. "I LOVE U" Description:

1. Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang. Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak Menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu ’sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya. Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu. Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

4. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu.Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari Orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua. Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja." Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita;! kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada. Ulasan:Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don’t be too choosy!) Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atausayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat d! icapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah. Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka Dia berhak mendapat kasih anda.

10. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

11. Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia Cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang,! maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya…" Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…

12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

13. Anda tidak pernah kalah/kecewa d! alam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh. Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya,hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia >tahu kelemahan dan kekurangan a!nda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati. Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta…… Ia bukan ‘passport’ untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan ‘passport’ untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur;tetapi untuk anda mencintai…..

cinta

July 6th, 2005 by angahaida

Pernahkah kamu merasakan
Bahawa kamu menyintai seseorang
Meski kamu tahu ia tak sendiri lagi
dan…
Meski kamu tahu
Cintamu mungkin tak terbalas
tapi…
Kamu tetap menyintainya…..

Pernahkah kamu merasakan
Bahawa kau sanggup melakukan apa sahaja
Demi seseorang yang kamu cintai
Meski kamu tahu ia takkan pernah peduli
ataupun…
Ia peduli dan mengerti
tapi…
Ia tetap pergi…..

Pernahkah kamu merasakan
Hebatnya cinta
Tersenyum kala terluka
Menangis kala bahagia
Bersedih kala bersama
Tertawa kala berpisah…..

Aku pernah…
Aku pernah tersenyum meski ku terluka
kerana…
Ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku…..

Aku pernah mengis kala bahagia
kerana…
Ku takut kebahagiaan cinta ini kan sirna begitu sahaja…..

Aku pernah bersedih kala bersamanya
kerana…
Ku takut kan kehilangannya satu saat nanti…..

Dan…
Aku juga pernah tertawa
Saat berpisah dengannya
kerana…
Sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan…
Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain
Untukku…..

Aku tetap bisa mencintainya
Meski ia tidak dapat ku rengkuh dalam pelukanku
kerana…
Memang ada cinta dalam jiwa bukan dalam raga…..

Semua orang pasti pernah merasakn cinta
Orang tua…
Sahabat…
Kekasih…
Dan akhirnya pasangan hidup…..

Buat temanku yang sedang jatuh cinta
Ku ucapkan selamat
Kerana cinta itu sangat indah
Semoga kalian selalu bahagia…..

Buat temanku yang sedang terluka kerana cinta
Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar
Satu saat akan berada di bawah
Dan hidup terasa begitu sulit…..

Tetapi…
Keadaan itu tidak untuk selamanya
Bersabarlah dan berdoalah
Kerana cinta yang lain
Akan datang dan menghampirimu…..

Buat temanku yang tidak percaya akan cinta
Buka hatimu
Jangan menutup mata akan keindahan dunia
Maka cinta akan membuat hidupmu
Menjadi bahagia…..

Buat temanku yang mendambakan cinta
Bersabarlah
Kerana cinta yang indah
Tak terjadi dalam sekejap
Tuhan sedang mempersiapkan segala yang terbaik
Bagimu…..

Buat temanku yang mempermainkan cinta
Sesuatu yang begitu murni dan tulus
Bukanlah untuk dipermainkan
Cinta bukan suatu kehampaan
Semoga kalian berhenti mempermainkan cinta
Dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya…..